Tuesday 26 April 2011

GOSIP

Kenapalah Berlambak Sangat Konsert April Ni?


KENAPALAH BERLAMBAK SANGAT KONSERT APRIL NI???
 
KL, 5 APRIL2011: Bukannya Murai Batu mahu merungut. Tapi pelik juga, bilamelihat kebanyakan acara hiburan semuanya datang berduyun-duyun dalam satu bulan yang sama.
Mungkin inilah namanya bahana 'April fool'. Kerana pihak penganjur konsert dan acara, nampaknya lebih berminat memilih bulan April ini untuk menganjurkan beberapa konsert mega. Macam sudah tak ada bulan lain agaknya.
Dari sudut lain, Murai Batu beranggapan ini adalah perkembangan sihat kerana sebelum inipun sudah banyak konsert di negara ini yang terpaksa dibatalkan atas alasan tertentu dan kini semuanya bagaikan sudah berakhir.
Tak keterlaluan juga jika Murai batu namakan sebagai bulan kemelesetan. Yalah, pasti ramai anak muda akan sanggup membelanjakan wang saku masing-masing untuk turun ke lokasi-lokasi konsert terpilih semata-mata ingin menyaksikan persembahan artis pilihan mereka.
Bermula dengan persembahan ice skating bertaraf dunia, Disney On Ice 2011 yang membawakan karaktor animasi popular di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 1 hingga 3 April ini, kemeriahan disusuli pula dengan 2011 Petronas Malaysia Grand Prix Rain Concert Live di Litar Lumba Sepang untuk menyaksikan konsert persembahan Rain pada 10 April depan.
Benar, pada tarikh yang sama juga akan berlangsungnya konsert sulung Bruno Mars yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Murai Batu tak dapat bayangkan betapa gamatnya suasana konsert itu nanti dan Murai Batu juga percaya masing-masing memiliki pengikut setianya sendiri.
Dengan kata lagi, jika tiket konsert Rain habis, peminat boleh memilih ke konsert Bruno Mars. Begitu juga sebaliknya. Siapa cepat dia dapatlah Fenomena yang lebih menggegarkan akan terjadi dengan kunjungan penyanyi pop remaja paling popular ketika ini, Justin Bieber.
Konsert Justin Bieber My World Tour anjuran Tune Talk itu akan diadakan di Stadium Merdeka pada 21 April ini. Murai Batu pasti, suasananya pasti akan gamat dengan kehadiran ribuan gadis-gadis muda . Percayalah.
Beberapa hari selepas itu, kumpulan muzik senior Maroon 5 pula akan bertandang ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menghiburkan peminatnya di sana.
Melihat pada harga tiketnya pula, ya ampun tercungap-cungap Murai Batu dibuatnya. Ada yang boleh dibeli pada harga serendah RM60 dan ada juga yang mencecah hampir RM500.
Tiket untuk menyaksikan konsert Justin Bieber misalnya dijual sehingga RM498 dan tidak ketinggalan juga Maroon 5 iaitu RM485.
Bercakap soal harga, Murai Batu agak terkejut bila beberapa persembahan Minggu Setiausaha tahun ini telah meletakan harga yang sangat tinggi untuk satu hari persembahan iaitu antara RM300 dan ada diantaranya mencecah lebih RM500.
Mana tidaknya, untuk memanggil seseorang artis hebat seperti Anuar Zain, Dato' Siti Nurhaliza, Anita Sarawak dan Noryn Aziz bukan murah harganya. Tambahan pula, semua yang datang akan disediakan dengan hidangan tengah hari menyelerakan.
Kata orang, selain dapat berhibur, mereka juga dapat menjamu selera dan paling utama berpeluang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama artis pujaan mereka. Tak gitu?
Pendek kata, walau semahal mana sekalipun harga tiket persembahan atau konsert seseorang artis, Murai Batu percaya ramai peminat di luar sana yang sanggup mengeluarkan duit saku dan tidak keterlaluan ada yang akan mengikat perut semata-mata ingin m enyaksikan persembahan bintang kesayangan mereka.
Murai Batu: Hanya duduk di rumah, tonton semula rakaman konsert artis antarabangsa yang ditayangkan di ASTRO atau DVD.


 
 
 

Siapa Punca Justin Timberlake & Jessica Biel Putus Cinta?

Siapa Punca Justin Timberlake & Jessica Biel Putus Cinta?
 
 
14 MAC 2011: Murai Batu percaya, ramai yang sudah maklum tentang hubungan cinta yang terjalin di antara penyanyi internasional, Justin Timberlake dengan aktres Jessiba Biel.

Namun, dengan tidak semena-mena, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah pun mengakhiri kisah cinta mereka. Dengan kata lain, kedua-dua mereka dah pun putus cinta.

Sebab-musababnya pula adalah disebabkan kehadiran orang ketiga yang dipercayai berpunca daripada aktres Mila Kunis.

Khabarnya, sejak Justin Timberlake dan Mila Kunis menjayakan penggambaran filem Friends With Benefits bersama-sama, hubungan kedua-dua mereka bukan saja dilihat begitu akrab dan mesra.

Malah, mereka juga saling memuji setiap kali diwawancara oleh pihak media.

Tidak cukup dengan itu, Justin Timberlake dan Mila Kunis juga dikatakan sering menggoda di antara satu sama lain. Adakah ini disebabkan penangan adegan seks yang mereka lakonkan bersama dalam filem tersebut?


Apapun, sumber memberitahu Justin memang cukup tertarik dengan Mila. Malah, dia juga merupakan peminat kepada Mila Kunis. Mungkin, atas dasar itulah, Justin Timberlake tidak kisah untuk memutuskan hubungannya dengan Jesicca Biel, walaupun mereka sudah menjalinkan hubungan secara serius bermula
 
 

No comments:

Post a Comment

i'm emo