Tuesday 26 April 2011

Justin Bieber Borong Stok Bunga Untuk Selena Gomez!

Justin Bieber Borong Stok Bunga Untuk Selena Gomez!



24 FEB 2011: Murai Batu harap janganlah ada pula peminat tegar Justin Bieber di Malaysia yang bengang bila baca artikel ni ya. Tapi, apa yang nyata, bintang pop kelahiran Kanada ni memang dah angau gila dengan aktres Selena Gomez.
Apa tidaknya, pada sambutan Hari Valentine yang diraikan pada tanggal 14 Februari lalu, Justin khabarnya telah menghantar banyak bunga ke rumah Selena.
Malah, demi kerana Selena, si protege Usher yang berusia 16 tahun ini sanggup memborong semua stok bunga di setiap kedai bunga. Beberapa kedai bunga pula terpaksa menambah stok bunga mereka untuk memenuhi keinginan si penyanyi lagu Baby ini.
Yang menariknya tu, si Selena khabarnya suka sangat dengan pemberian bunga-bunga tersebut. Sebabnya, waktu Hari Valentine sedang diraikan oleh setiap pasangan kekasih, Selena dan Justin tak sempat untuk meraikannya bersama.
Sebabnya, waktu itu, Justin berada di kota London selama seminggu untuk menghadiri Anugerah Brit. Dalam majlis tersebut, Justin telah dipilih sebagai pemenang bagi kategori International Breakthrough Act. Dalam waktu yang sama, Justin juga sibuk mempromosikan filemnya, Never Say Never.
Justin dengan Selena mula dikaitkan sebagai pasangan kekasih bermula pada Januari 2011 yang lalu. Walaupun tidak pernah mengesahkan tentang hubungan cinta mereka, namun mereka seringkali tertangkap oleh paparazi dalam keadaan yang sedang berpegangan tangan. Malah, mereka pernah bercumbuan sewaktu
bercuti di sebuah pulau.



Diam-Diam, Rihanna-Usher Pulak Yang Sibuk Bercinta!

Diam-Diam, Rihanna-Usher Pulak Yang Sibuk Bercinta!


26 APRIL 2011: Murai Batu ada cerita panas tentang penyanyi Rihanna dan Usher. Khabarnya diaorang ni telah menjalinkan hubungan cinta. Baru-baru ini, mereka telah mengaturkan satu pertemuan di Hotel Rendezvous, New York. Baik Rihanna, mahupun Usher, kedua-duanya telah memastikan bahawa tiada seorang pun yang dapat menghidu akan hal tersebut.
Tapi, akhirnya rahsia diaorang tu pecah juga. Yang pecahkan rahsia diaorang tu adalah dari kalangan pihak team pengurusan Usher.

Sumber daripada pihak team Usher memberitahu bahawa Rihanna dengan Usher telah menghabiskan waktu untuk bersama pada minggu lalu. Dan, mereka memilih satu tempat yang betuk-betul privasi buat mereka berdua.

Kedua-dua sebenarnya telah lama saling mengenali antara satu sama lain. Namun, bila saja diaorang nak menjalinkan hubungan yang serius, ada saja perkara menghalang. Tapi, kedua-dua mereka mereka dah lama menyimpan perasaan. Mungkin, inilah waktu yang sesuai untuk dia menjalinkan hubungan cinta.

Apa tidaknya, setiap kali bercium, pastinya ciuman mereka itu adalah ciuman yang mengghairahkan. Ibarat seperti ada percikan api di antara mereka berdua.


Apapun, selepas putus cinta dengan Chris Brown, Rihanna pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki. Tetapi, kini mereka sudah kembali single. Sementara, Usher pula sudah bercerai dengan Tameka FOSTER pada JUN 2009.

No comments:

Post a Comment

i'm emo